Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali berkata, mereka yang dilantik ini akan membantu merancang dan membangunkan penulisan modul latihan Talent Pipeline Program – Shukatsu ini.
Katanya, mereka juga akan bertanggungjawab untuk membantu mempromosikan Shukatsu ini kepada pihak industri, selain daripada tugas-tugas yang diarahkan dari masa kesemasa tertakluk kepada sebarang perubahan nanti.
“Saya yakin dengan pelantikan ini mereka akan membantu mempromosikan kepada pihak industri dan syarikat untuk mengambil pelajar universiti ini nanti.
“Pelantikan ini juga sebagai persediaan kepada pelajar kampus ini seawal semester empat untuk mereka ditempatkan d ibeberapa syarikat selepas mendapat latihan dari pasukan GE ini nanti,” katanya.

