28 Februari 2021 - Satu sesi diskusi santai anjuran Pusat Alumni yang bertajuk “CLEAN CAMPUS, GREEN CAMPUS” dengan kerjasama KDEB Waste Management telah diadakan bagi memberi peluang kepada warga UUM dan komuniti untuk mendengar perkongsian ilmu dan pengalaman daripada para panel yang juga merupakan alumni Universiti Utara Malaysia (UUM).
Sesi diskusi santai ini telah dikendalikan oleh Pengarah Pusat Alumni iaitu Prof Madya Dr Lily Julienti binti Abu Bakar selaku moderator bersama-sama tiga ahli panel jemputan iaitu Encik Ramli Mohd Tahir (Managing Director & Board Member of KDEBWM), Encik Mohd Idris bin Mohamed Yusof (General Manager Operation) dan Encik Khairil bin Khalid (Head of Operation Subang Jaya).
Dalam sesi itu, pelbagai petua yang menarik telah dikongsikan oleh para panel tentang cara-cara bagi memastikan kebersihan alam sekitar tetap terpelihara termasuk cara pengurusan sisa pepejal dengan betul. Perkongsian daripada ahli panel berjaya menarik perhatian dan mendapat respon positif daripada penonton yang menyaksikan secara langsung di Facebook rasmi Pusat Alumni.

