Program sembang santai kendalian Kaunselor Pelatih di Pusat Alumni, Nor Izzati Harizan selaku moderator, telah dijayakan bersama-sama dua orang panel jemputan yang merupakan alumni UUM iaitu Encik M. Shahadat Ali Nordin (Penolong Pengarah di Bahagian Sokongan dan Perkhidmatan Pelajar (SSSD) UUM dan Cik NorSofea Ashikin Abd Rahman (Pegawai Psikologi di Pejabat Kesihatan Daerah Kangar).
Program tersebut menjadi platform kepada ahli panel untuk berkongsi serba sedikit pengalaman mereka sepanjang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda. Disamping itu, kedua-dua ahli panel turut membincangkan mengenai cabaran yang dihadapi oleh mereka apabila memilih keputusan untuk terus bekerja setelah tamat pengajian di peringkat sarjana muda. Seterusnya, didalam forum tersebut juga moderator turut meminta beberapa petua dalam membuat persediaan setelah tamat belajar. Shahadat Nordin berkata, “Mahasiswa tidak perlu takut untuk mencuba sesuatu perkara yang hendak dilakukan dan graduan juga perlu merebut segala peluang yang ada dan semua itu bergantung kepada diri anda bagaimana anda ingin menyusun pengurusan masa depan anda dan perjalanan kehidupan anda untuk merebut peluang.” Selain itu, Cik Sofea juga turut memberikan tips persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana seperti “graduan perlu bersedia dengan keputusan yang dibuat dan mereka juga perlu bersedia dari segi kewangan. Walaubagaimanapun, sekiranya graduan tidak mampu, mereka harus bijak mencari tajaan-tajaan biasiswa.” Forum tersebut berjaya mendapat lebih daripada 2 ribu tontonan secara langsung. Pusat Alumni berharap agar para penonton mendapat serba sedikit pengetahuan daripada program tersebut.
Reminiscing The Past. Embracing The Future
#AlumniUUM #AlumniReunite

